Popular Posts

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Seorang Lelaki Biasa…

Aku tidak setampan Yusof…. tidak sehebat Khalid Al-Walid... tidak segagah Hercules.. tidak seromatis Romeo dan tidak jg setabah Muhammad…

Aku hanya insan biasa seperti kamu semua, aku juga mahukan kebahgiaan, mahukan kesejahteraan, mahukan rasa kasih dan sayang…

Namun kita sering terjatuh lalu bangun sendiri, kemudian jatuh lagi, dan bangun lagi… bak kata ‘ala bisa tegal biasa’… tidak mudah berputus asa dalam menjalani dugaan hidup yg mencabar ini selagi hayat di kandung badan… selagi hidup memegang amanah…

Dunia materialistik abad ini penuh dengan pancaroba andai tidak teguh pendirian, andai tidak kuat pegangan hidup dan agama…. Maka rebahlah dan hanyut ditelan arus kealpaan dalam kejahilan…

Hanya Tuhan saja yang maha mengerti apa yang tersirat dan tersurat untuk hambaNya yang daif di alam fana ini… Namun begitu juga aku pasrah dan redha menerima ketentuanNya…

Hati siapa tidak berkecai, hati siapa tidak keruan andai orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita tanpa alasan tanpa pesanan… biar masa dan waktu sudah lama menjalin kasih namun sekelip mata hanya sesaat sahaja segala-galanya sudah berakhir…itu tidak menjadi ukuran lagi…

Aku gembira melihat sahabatku bahagia di samping orang yang kita sayang meskipun kasih kita tidak berbalas, meskipun aku hanya sandaran untuknya, namun aku senang hati melihat kemesraan mereka, kerana aku juga ingin melihat dia bahagia di sisi orang yang dia perlukan dan sayang…

Aku terpaksa berundur demi memberi ruang buat mereka kerana hanya ini sahajalah dapat membalas rasa kasih dan sayangku terhadapnya… kerana aku tidak mahu hanya disebabkan berebut kasih, hilang kawan putuslah ikatan persahabatan, bukan juga atas nama sebuah pengorbanan tapi ia adalah suatu amanah…

Syukur kehadratNya, kerana dalam mencari nur kasih, datang seseorang yang begitu tulus dan ikhlas hati budinya, tidak hipokrit tidak bermegah dengan kecantikan yang dia miliki, kerna ia adalah satu anugerah yang amat indah bagi seorang wanita yang polos sepertinya… Aku merasa bahagia bersamanya, dan andai ada jodoh pertemuan andai ada ruang untukku bertakhta di hatinya, aku ingin menabur kasih yang tulus khlas dan jujur untuknya yang bernama kekasih sejati, aku bersedia menerima kegagalan andai dia bukan milikku andai dia bukan ditakdirkan untukku… kerna aku telah bersedia dan redha sebelum menjalin kasih ini dan aku cuma mahu dia mengerti bahawa aku adalah seorang lelaki yang sederhana tetapi amat mencintainya, merinduinya selalu dan berharap menerima aku seadanya… Hanya mampu merancang, namun hakkatnya Tuhan yang telah menentukan segalanya…

Hanya ilusi nukilan seorang yang bernama ‘Lelaki’…

AT ~ 20 Mac 2011

Mencari Nur Kasih Ke Syurga... by Aaron Tam on Tuesday, January 25, 2011 at 11:59pm

Keindahan terpancar umpama cahaya yg bersinar dari seraut wajah itu...

Terdampar sebuah potret yg hampir usang di selubungi hamparan habuk-habuk halus...

Tersingkaplah gambaran tentang suatu ikatan kasih yg pernah terjalin...

Namun ia telah menjadi suatu jejak memori indah yg sukar terpadam.......

Pencarian itu bagai bangkit kembali umpama terjaga dari lena...

Sinar mentari begitu megah memancar suria alam yg damai...

Namun suram sejenak ketika tangisan hujan membasahi bumi...

Sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk terus mencari.......

Di saat itu tercari-cari bayangan yg seolah hadir semula menggamit rindu...

Terpandang di sebalik selendang yg melepasi rambutnya yg lurus sejujur bidadari....

Keluhuran hati budi persis keikhlasan seorang permaisuri kayangan...

Kasihnya yg tidak pernah putus dan teguh abadi selamanya........

Tiada pertemuan tanpa perpisahan yg sudah ditentukan...

Redha akan hakikat dari suatu hikmah yg sungguh luhur sifatnya...

Pasti saat yg diimpikan itu akan tiba dalam kesederhanaan hati yg tulus...

Demi mencari kebahagiaan nur kash ke syurga.......

~ AT